Ismail berusia belia ketika memulai
perjalanannya menuju Allah s.w.t. Ibunya membawanya dan menidurkannya di atas
tanah, yaitu tempat yang sekarang kita kenal dengan nama telaga zamzam dalam
Ka'bah. Saat itu tempat yang dihuninya sangat tandus dan belum terdapat telaga
yang memancar dari bawah kakinya. Tidak ada di sana setitis air pun. Nabi
Ibrahim meninggalkan isterinya, Hajar, bersama anaknya yang kecil. "Wahai
Ibrahim ke mana engkau hendak pergi dan membiarkan kami di lembah yang kering
ini?" Kata Hajar. "Wahai Ibrahim di mana engkau akan pergi dan
membiarkan kami? Wahai Ibrahim ke mana engkau akan pergi?" Si ibu
mengulang-ulang apa yang dikatakannya. Sedangkan Nabi Ibrahim diam dan tidak
menjawab. Kita tidak mengetahui secara pasti bagaimana perasaan Nabi Ibrahim
saat meninggalkan mereka berdua di suatu lembah yang tidak ada di alamnya
tumbuh-tumbuhan dan minuman. Namun Allah s.w.t telah memerintahkannya untuk
tinggal di lembah itu. Dengan lapang dada Nabi Ibrahim melaksanakan perintah
Allah s.w.t.
Dalam kisah-kisah israiliyat (kisah-kisah
palsu yang dibuat oleh Bani Israil) disebutkan bahawa isteri pertamanya, Sarah,
tampak cemburu pada Hajar, isteri keduanya, sehingga kerananya Nabi Ibrahim
harus menjauhkannya beserta anaknya. Kami percaya bahawa kisah ini palsu dan
penuh dengan kebohongan. Jika kita mengamati keperibadian Nabi Ibrahim, maka
kita mengetahui bahawa beliau tidak akan mendapat perintah dari seorang pun
selain Allah s.w.t.
Kami tidak meyakini bahawa beliau terperangkap
dalam perasaan kecemburuan feminisme dan kami juga tidak percaya bahawa beliau
sengaja membangkitkan perasaan ini. Kami tidak mengira bahawa peribadi Sarah
yang mulia akan terpedaya dengan sikap egoisme. Bukankah ia sendiri yang
menikahkan Nabi Ibrahim dengan Hajar, pembantunya agar ia mendapatkan
keturunan? Ia menyedari bahawa dirinya wanita tua dan mandul. Ia sendiri yang
menikahkannya dan membantu pelaksanaannya. Ia telah memberikan dan mengabdikan
dirinya kepada seorang lelaki yang hatinya tiada dipenuhi dengan cinta kepada
siapa pun kecuali cinta kepada Penciptanya.
Allah s.w.t berfirman tentang Sarah dan
Hajar:
"Rahmat Allah dan keberkatan-Nya
dicurahkan atas kamu, hai ahlul bait! Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha
Pemurah. (QS. Hud: 73)
Jadi, masalahnya adalah bukan masalah
kecemburuan antara sesama wanita, namun ia adalah tugas yang diperintahkan oleh
Allah s.w.t yang di dalamnya tersembunyi hikmah-Nya. Barangkali Sarah lebih
hairan daripada Hajar ketika Nabi Ibrahim memerintahkannya untuk membawa
anaknya Ismail dan mengikutinya. "Ke mana engkau hai Ibrahim pergi?"
Mungkin pertama-tama Hajar yang bertanya kepadanya dan mungkin juga Sarah yang
bertanya. Nabi Ibrahim hanya terdiam dan akhirnya kedua wanita itu pun juga
terdiam.
Di sana terdapat hikmah yang tersembunyi di
mana Nabi Ibrahim tidak mengetahuinya dan Allah s.w.t tidak menjelaskan
kepadanya. la tidak mengetahui hai itu sebagaimana mereka berdua juga tidak
mengetahuinya. Jadi kedua-duanya hanya terdiam sebagai bentuk akhlak dari
isteri-isteri nabi. Inilah Hajar yang sendirian bersama anaknya di lembah yang
terasing dan tandus, di mana ia tidak mengetahui rahsia di balik tempat itu.
Inilah Ismail yang memulai perjalanannya menuju Allah s.w.t saat masih
menyusui. Ia mengalami ujian saat masih kecil dan juga ujian bagi ayahnya, di
mana ia mendapatkan seorang anak saat sudah tua. Nabi Ibrahim menyedari bahawa
manusia tidak memiliki sesuatu pun dalam dirinya. Dan seseorang yang cinta
kepada Allah s.w.t akan memberikan dirinya kepada Allah s.w.t dan akan
memberikan apa yang di sukai oleh dirinya kepada Allah s.w.t tanpa harus
diminta. Itu adalah hukum cinta yang dalam. Kami tidak percaya bahawa Nabi
Ibrahim mengetahui mengapa ia harus meninggalkan Ismail dan ibunya di tempat
itu. Kami tidak mengira bahawa Allah s.w.t telah memberitahunya. Allah s.w.t
hanya menurunkan perintah dan Ibrahim hanya menaatinya. Di sinilah tampak
kerasnya ujian dan kesulitannya. Di sinilah cinta yang paling dalam
diungkapkan, dan di sinilah cinta yang murni dituangkan.
Allah s.w.t menguji kekasih-Nya Ibrahim
dengan suatu ujian yang sangat keras, di mana umumnya para orang tua berat
sekali melakukannya. Bukan bererti bahawa cinta Allah s.w.t kepada Ibrahim dan
cinta Ibrahim kepada-Nya menjadikan Ibrahim tidak memiliki perasaan
kemanusiaan. Kekuatan cintanya pada Allah s.w.t justru menjadikan sebagai
lautan dari perasaan kemanusiaan, bahkan lautan yang tidak bertepi. Perasaan
beliau terhadap Ismail lebih besar, lebih lembut, dan lebih sayang dari
perasaan ayah mana pun terhadap anaknya. Meskipun demikian, beliau rela
meninggalkannya di tempat yang tandus kerana Allah s.w.t memerintahkan hal
tersebut. Terjadilah pergelutan dalam dirinya namun ia mampu melewati ujiannya
dan beliau memilih cinta Allah s.w.t daripada cinta anaknya.
Ketika Nabi Ibrahim menampakkan kecintaan
yang luar biasa dari yang seharusnya kepada anaknya, maka Allah s.w.t
memerintahkannya untuk menyembelihnya. Allah s.w.t agar hanya Dia yang menjadi
pusat cinta para nabi-Nya. Barang siapa yang mencintai Allah s.w.t, maka ia pun
harus mencintai kebenaran dan orang yang mencintai kebenaran adalah orang
memenuhi hatinya dengan cinta kepada Penciptanya semata. Ismail mewarisi
kesabaran ayahnya. Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah s.w.t sebelumnya:
"Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku
(seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh" (QS. ash-Shaffat:
100)
Allah s.w.t menjawab:
"Maka Kami beri dia khabar gembira
dengan seorang anak yang amat sabar." (QS. ash-Shaffat: 101)
Kesabaran yang sama yang terdapat pada
ayahnya, kebaikan yang sama, ketakwaan yang sama, dan adab kenabian yang sama
pula. Ismail mendapatkan ujian yang pertama saat beliau kecil dan ujian itu
berakhir saat Allah s.w.t memancarkan zamzam dari kedua kakinya sehingga
darinya ibunya minum dan menyusuinya. Kemudian Ismail mendapatkan ujian yang
kedua dalam hidupnya saat ia menginjak masa muda:
"Maka tatkala anak itu sampai (pada
umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: Hai anakku
sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah
apa pendapatmu!' Ia menjawab: 'Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan
kepadamu: Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang
sabar.'" (QS. ash-Shaffat: 102)
Apa yang Anda kira terhadap jawapan si
anak? Ia tidak bertanya tentang sifat dari mimpi itu, dan ia tidak berdebat
dengan ayahnya tentang kebenaran mimpi itu, tetapi yang dikatakannya:
"Wahai ayahku laksanakanlah apa yang diperintahkan. "Janganlah engkau
gelisah kerana aku dan janganlah engkau menampakkan kesedihan dan keluh-kesah.
"Engkau akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar."
Demikianlah jawapan seorang anak yang soleh terhadap ayahnya yang soleh. Itulah
puncak dari kesabaran dari seorang anak dan tentu orang tuanya lebih harus
bersabar. Itu bagaikan perlumbaan di antara keduanya untuk menguji siapa di
antara mereka yang paling sabar. Perlumbaan yang tujuannya adalah meraih cinta
Allah s.w.t.
Allah s.w.t berfirman:
"Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada
mereka) kisah Ismail (yang tersebut) di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah
seorang yang benar janjinya, dan dia adalah seorang rasul dan nabi. Dan ia
menyuruh keluarganya untuk bersembahyang dan menunaikan zakat, dan ia adalah
seorang yang diredhai di sisi Tuhannya." (QS. Maryam: 54-55)
Baitullah
Ismail hidup di semenanjung Arab sesuai
dengan kehendak Allah s.w.t. Ismail memelihara kuda dan terhibur dengannya
serta memanfaatkannya untuk keperluannya. Sedangkan air zamzam sangat membantu
orang- orang yang tinggal di daerah itu. Kemudian sebahagian kafilah menetap di
situ dan sebahagian kabilah tinggal di tempat itu. Nabi Ismail tumbuh menjadi
dewasa dan menikah. Lalu ayahnya, Nabi Ibrahim, mengunjunginya dan tidak
menemukannya dalam rumah namun ia hanya mendapati isterinya. Nabi Ibrahim
bertanya kepadanya tentang kehidupan mereka dan keadaan mereka. isterinya
mengadukan padanya tentang kesempitan hidup dan kesulitannya. Nabi Ibrahim
berkata padanya: "Jika datang suamimu, maka perintahkan padanya untuk
mengubah gerbang pintunya."
Ketika Nabi Ismail datang, dan isterinya
menceritakan padanya perihal kedatangan seorang lelaki, Ismail berkata:
"Itu adalah ayahku dan ia memerintahkan aku untuk meninggalkanmu, maka
kembalilah engkau pada keluargamu." Kemudian Nabi Ismail menikahi wanita
yang kedua. Nabi Ibrahim mengunjungi isteri keduanya dan bertanya kepadanya
tentang keadaannya. Lalu ia menceritakan padanya bahawa mereka dalam keadaan
baik-baik dan dikurniai nikmat. Nabi Ibrahim puas terhadap isteri ini dan
memang ia sesuai dengan anaknya. Barangkali Nabi Ibrahim menggunakan kemampuan
spirituilnya dan cahaya yang mampu menyingkap keghaiban yang dimilikinya. Nabi
Ibrahim menyiapkan Ismail untuk mengembang tugas yang besar. Yaitu tugas yang
membutuhkan kerja keras kemanusiaan seluruhnya dan waktunya seluruhnya serta
kenyamanannya seluruhnya.
Ismail menjadi besar dan mencapai
kekuatannya. Nabi Ibrahim mendatanginya. Tibalah saat yang tepat untuk
menjelaskan hikmah Allah s.w.t yang telah terjadi dari perkara-perkara yang
samar. Nabi Ibrahim berkata kepada Ismail: "Wahai Ismail, sesungguhnya
Allah s.w.t memerintahkan padaku suatu perintah" ketika datang perintah
pada Nabi Ibrahim untuk menyembelihnya, beliau menjelaskan kepadanya persoalan
itu dengan gamblang. Dan sekarang ia hendak mengemukakan perintah lain yang
sama agar ia mendapatkan keyakinan bahawa Ismail akan membantunya. Kita di
hadapan perintah yang lebih penting daripada penyembelihan. Perintah yang tidak
berkenaan dengan peribadi nabi tetapi berkenaan dengan makhluk.
Ismail berkata: "Laksanakanlah apa
yang diperintahkan Tuhanmu padamu." Nabi Ibrahim berkata: "Apakah
engkau akan membantuku?" Ismail menjawab: "Ya, aku akan
membantumu." Nabi Ibrahim berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t memerintahkan
aku untuk membangun rumah di sini." Nabi Ibrahim mengisyaratkan dengan
tangannya dan menunjuk suatu bukit yang tinggi di sana.
Selesailah pekerjaan itu. Perintah itu
telah dilaksanakan dengan berdirinya Baitullah yang suci. Itu adalah rumah yang
pertama kali dibangun untuk manusia di bumi. Ia adalah rumah pertama yang di
dalamnya manusia menyembah Tuhannya. Dan kerana Nabi Adam adalah manusia yang
pertama turun ke bumi, maka keutamaan pembangunannya kembali padanya. Para
ulama berkata: "Sesungguhnya Nabi Adam membangunnya dan ia melakukan tawaf
di sekelilingnya seperti para malaikat yang tawaf di sekitar Arasy Allah s.w.t.
Nabi Adam membangun suatu khemah yang di
dalamnya ia menyembah Allah s.w.t. Adalah hal yang biasa bagi Nabi Adam - sebagai seorang Nabi - untuk membangun sebuah
rumah untuk menyembah Allah s.w.t. Tempat itu dipenuhi dengan rahmat. Kemudian
Nabi Adam meninggal dan berlalulah abad demi abad sehingga rumah itu hilang dan
tersembunyi tempatnya. Maka Nabi Ibrahim mendapatkan perintah dari Allah s.w.t
untuk membangun kedua kalinya agar rumah itu tetap berdiri sampai hari kiamat
dengan izin Allah s.w.t. Nabi Ibrahim mulai membangun Ka'bah. Ka'bah adalah
sekumpulan batu yang tidak membahayakan dan tidak memberikan manfaat. Ia tidak
lebih dari sekadar batu. Meskipun demikian, ia merupakan simbol tauhid Islam
dan tempat penyucian kepada Allah s.w.t. Nabi Adam memiliki tauhid yang tinggi
dan Islam yang mutlak. Nabi Ibrahim pun termasuk seorang Muslim yang tulus dan
ia bukan termasuk seorang musyrik.
Batu-batu rumah itu telah dibangun dari
ketenteraman hati Nabi Adam dan kedamaian Nabi Ibrahim serta cintanya dan
kesabaran Nabi Ismail serta ketulusannya. Oleh kerana itu, ketika Anda memasuki
Masjidil Haram Anda akan merasakan suatu gelombang kedamaian yang sangat dalam.
Terkadang pada kali yang pertama engkau melihat dirimu dan tidak melihat rumah
dan pemeliharanya. Dan barangkali engkau melihat rumah pada kali yang kedua
namun engkau tidak melihat dirimu dan Tuhanmu. Ketika engkau pergi ke haji
engkau tidak akan melihat dirimu dan rumah itu yang engkau lihat hanya
pemelihara rumah itu. Ini adalah haji yang hakiki. Inilah hikmah yang pertama
dari pembangunan Ka'bah.
Allah s.w.t berfirman:
"Dan (ingatlah), ketika Ibrahim
meninggikan (membina) dasar-dasar baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): 'Ya
Tuhan kami terimalah dari kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah yang Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang
yang tunduk dan patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat
yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan
tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. Ya Tuhan kami, utuslah
untuk mereka seorang rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada
mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab (Al-Quran) dan
al-Hikmah (as-Sunnah) serta menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana. " (QS. al-Baqarah: 127-129)
Ka'bah terdiri dari batu-batuan yang ada di
bumi di mana ia dijadikan pondasi oleh Nabi Ibrahim dan Ismail. Sejarah
menceritakan bahawa ia pernah dihancurkan lebih dari sekali sehingga ia pun
beberapa kali dibangun kembali. Ia tetap berdiri sejak masa Nabi Ibrahim sampai
hari ini. Dan ketika Rasulullah saw diutus
- sebagai bukti pengabulan doa Nabi Ibrahim - beliau mendapat Ka'bah
dibangun terakhir kalinya, dan tenaga yang dicurahkan oleh orang-orang yang
membangunnya sangat terbatas di mana mereka tidak menggali dasarnya sebagaimana
Nabi Ibrahim menggalinya. Dari sini kita memahami bahawa Nabi Ibrahim dan Nabi
Ismail mencurahkan tenaga keras yang tidak dapat ditandingi oleh ribuan
laki-laki. Rasulullah saw telah menegaskan bahawa kalau bukan kerana kedekatan
kaum dengan masa jahiliah dan kekhuatiran orang- orang akan menuduhnya dengan
berbagai tuduhan jika beliau menghancurkannya dan membangunkannya kembali,
nescaya beliau ingin merobohkannya dan mengembalikannya ke pondasi Nabi
Ibrahim.
Sungguh kedua nabi yang mulia itu telah
mencurahkan tenaga keras dalam membangunnya. Mereka berdua menggali pondasi
kerana dalamnya tanah yang di bumi. Mereka memecahkan batu-batuan dari gunung
yang cukup jauh dan dekat, lalu setelah itu memindahkannya dan meratakannya
serta membangunnya. Tentu hal itu memerlukan tenaga keras dari beberapa lelaki
tetapi mereka berdua membangunnya bersama-sama. Kita tidak mengetahui berapa
banyak waktu yang digunakan untuk membangun Ka'bah sebagaimana kita tidak
mengetahui waktu yang digunakan untuk membuat perahu Nabi Nuh. Yang penting
adalah, bahawa perahu Nabi Nuh dan Ka'bah sama-sama sebagai tempat perlindungan
manusia dan tempat yang membawa keamanan dan kedamaian. Ka'bah adalah perahu
Nabi Nuh yang tetap di atas bumi selama-lamanya. Ia selalu menunggu orang-orang
yang menginginkan keselamatan dari kedahsyatan angin taufan yang selalu
mengancam setiap saat.
Allah s.w.t tidak menceritakan kepada kita
tentang waktu pembangunan Ka'bah. Allah s.w.t hanya menceritakan perkara yang
lebih penting dan lebih bermanfaat. Dia menceritakan tentang kesucian jiwa
orang-orang yang membangunnya dan doa mereka saat membangunnya:
"Tuhan kami, terimalah dari hand
(amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
" (QS. al- Baqarah: 127)
Itulah puncak keikhlasan orang-orang yang
ikhlas, ketaatan orang-orang yang taat, ketakutan orang-orang yang takut, dan
kecintaan orang-orang yang mencintai:
"Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua
orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara cucu kami umat
yang tunduk patuh kepada Engkau." (QS. al-Baqarah:
128)
Sesungguhnya kaum Muslim yang paling agung
di muka bumi saat itu, mereka berdoa kepada Allah s.w.t agar menjadikan mereka
termasuk orang-orang yang berserah diri pada-Nya. Mereka mengetahui bahawa hati
manusia terletak sangat dekat dengan ar-Rahman (Allah s.w.t). Mereka tidak akan
mampu menghindari tipu daya Allah s.w.t. Oleh kerana itu, mereka menampakkan
kemurnian ibadah hanya kepada Allah s.w.t, dan mereka membangun rumah Allah
s.w.t serta meminta pada- Nya agar menerima pekerjaan mereka.
Selanjutnya, mereka meminta Islam
(penyerahan diri) pada-Nya dan rahmat yang turun pada mereka di mana mereka
memohon kepada Allah s.w.t agar memberi mereka keturunan dari umat Islam.
Mereka ingin agar jumlah orang-orang yang beribadah dan orang-orang yang sujud
dan rukuk semakin banyak. Sesungguhnya doa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
menyingkap isi had seorang mukmin. Mereka membangun rumah Allah s.w.t dan pada
saat yang sama mereka disibukkan dengan urusan akidah (keyakinan). Itu
mengisyaratkan bahawa rumah itu sebagai simbol dari akidah.
"Dan tunjukkanlah kepada kami
cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami.
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. "
(QS. al-Baqarah: 128)
Perlihatkanlah kepada kami cara ibadah yang
Engkau sukai. Perlihatkanlah kepada kami bagaimana kami menyembah-Mu di bumi.
Dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat dan Maha
Penyayang. Setelah itu, kepedulian mereka melampaui masa yang mereka hidup di
dalamnya. Mereka berdoa kepada Allah s.w.t:
"Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka
seorang rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka
ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab (Al-Quran) dan
al-Hikmah (as-Sunnah) serta menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana. " (QS. al-Baqarah: 129)
Akhirnya, doa tersebut terkabul ketika
Allah s.w.t. mengutus Muhammad bin Abdullah saw. Doa tersebut terwujud setelah
melalui masa demi masa. Selesailah pembangunan Ka'bah dan Nabi Ibrahim
menginginkan batu yang istimewa yang akan menjadi tanda khusus di mana tawaf di
sekitar Ka'bah akan dimulai darinya. Ismail telah mencurahkan tenaga di atas
kemampuan manusia biasa. Beliau bekerja dengan sangat antusias sebagai wujud
ketaatan terhadap perintah ayahnya. Ketika beliau kembali, Nabi Ibrahim telah
meletakkan Hajar Aswad di tempatnya. "Siapakah yang mendatangkannya (batu)
padamu wahai ayahku?" Nabi Ibrahim berkata: "Jibril as yang
mendatangkannya." Selesailah pembangunan Ka'bah dan orang- orang yang
mengesakan Allah s.w.t serta orang-orang Muslim mulai bertawaf di sekitarnya.
Nabi Ibrahim berdiri dalam keadaan berdoa kepada Tuhannya sama dengan doa yang
dibacanya sebelumnya, yaitu agar Allah s.w.t menjadikan had manusia cenderung
pada tempat itu:
"Maka jadikanlah hati sebahagian
manusia cenderung kepada mereka. "(QS. Ibrahim: 37)
kerana pengaruh doa tersebut, kaum Muslim
merasakan kecintaan yang dalam untuk mengunjungi Baitul Haram. Setiap orang
yang mengunjungi Masjidil Haram dan kembali ke negerinya ia akan merasakan
kerinduan pada tempat itu. Semakin jauh ia, semakin meningkat kerinduannya
padanya. Kemudian, datanglah musim haji pada setiap tahun, maka hati yang penuh
dengan cinta pada Baitullah akan segera melihatnya dan rasa hausnya terhadap
telaga zamzam akan segera terpuaskan. Dan yang lebih penting dari semua itu
adalah cinta yang dalam terhadap Tuhan, Baitullah dan telaga zamzam yaitu,
Tuhan alam semesta. Allah s.w.t berfirman berkenaan dengan orang-orang yang
mendebat Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail:
"Ibrahim bukan seorang Yahudi dan
bukan pula seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi
berserah diri (kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan
orang-orang musyrik. " (QS. Ali 'Imran: 67)
Allah s.w.t mengabulkan doa Nabi Ibrahim
dan beliau yang pertama kali menamakan kita sebagai orang-orang Muslim. Allah
s.w.t berfirman:
"Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan
untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim.
Dia telah menamai kamu sekalian orang-orang Muslim dan dahulu. " (QS. al-
Hajj: 78)
0 komentar:
Posting Komentar